Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, November 25, 2010

Untuk bakal teman hidupku

Bakal teman hidupku,
Aku diamanahkan kepada kamu,
Daripada bapaku sebagai wali,
Kepada kamu sebagai suami.

Bakal teman hidupku,
Maafkan aku jika aku tidak seperti yang kamu mahu,
Maafkan juga segala tingkah laku ku,
Kerana...
Aku juga manusia biasa seperti kamu.

Bakal teman hidupku,
Ku pinta pada mu,
Bimbinglah aku,
Ke jalan yang satu,
Jalan yang lurus walau jauh beribu batu.

Bakal teman hidupku,
Maafkan segala cacat celaku,
Maafkan segala kekuranganku,
Maafkan terkasarnya bahasaku,
Maafkan segala salah silapku.

Bakal teman hidupku,
Hanya satu yang ku pinta darimu,
Jagalah aku,
Sayangilah aku,
Cintailah aku,
Dan...
Jujurlah padaku.





EZRAYU

Saturday, November 6, 2010

KEKASIH...


tika aku gembira, kau sentiasa disisiku...
tika aku bersedih, kau juga setia disisiku...
disaat aku kesenangan, kau sentiasa mengiringi ku..
dikala aku kesusahan, kau sentiasa mendampingi diriku..
ketika aku kekecewaan, kaulah tempat tuk aku mengadu..
ketika aku kesakitan, kaulah penyembuhku..
ketika aku mendapat kemenangan, kau tersenyum padaku...
tika aku kekalahan, kaulah semangat tuk aku bangkit semula..
kasih sayangmu terhadap aku luas tidak terkata..
cinta kau adalah kekal abadi selamanya..
kaulah segalanya2 dalam hidupku...
kaulah teman, sahabat, kekasih dan cinta yang paling abadi...
aku sentiasa mendambakan dan memerlukan kau tuk sepanjang hayatku...
kau jugalah pembimbing, pendorong dan petunjuk padaku...
KAULAH YANG PALING UTAMA DALAM KEHIDUPANKU, YA ALLAH...
ALLLAH MAHA BESAR YANG MENCIPTAKAN AKU, MEMBERI NYAWAKU DAN MEMATIKAN AKU...


EZRAYU

Wednesday, November 3, 2010

wahai hati...
bertahanlah dikau selagi mampu kau menahan...
wahai hati..
bersabarlah dikau selagi mampu kau bersabar...
sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang tersirat dan tersurat jauh didalam lubuk hati dikau...






EZRAYU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...